Wednesday, November 26, 2008

Pengelasan Hutan


Pengelasan hutan boleh dikategorikan mengikut perubahan ciri-ciri altitud, komposisi flora, habitat, iklim, tanah dan biotik. Pengelasan yang ditetapkan adalah seperti berikut:


Hutan Ericaceous - Gunung

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periuk kera dan berbagai jenis belukar, buluh, resam, paku pakis dan lumut.

Hutan Montane - Oak

Hutan ini terletak di ketinggian 1,200 - 1,500 meter a.p.l. yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Berangan, Damar minyak dan Podo.

Hutan Dipterokarp Atas

Hutan ini terletak di ketinggian 750 - 1,200 meter a.p.l. yang mengandungi terutamanya spesies Meranti bukit Dan Damar minyak.

Hutan Dipterokarp Bukit

Hutan ini terletak di ketinggian antara 300 - 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.

Hutan Dipterokarp Pamah

Hutan ini terletak di ketinggian 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.

Hutan Paya Gambut

Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.

Hutan Paya Laut

Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama ialah Bakau.

Sunday, November 16, 2008

Friday, November 14, 2008

Industri Perkayuan di Malaysia


Latar Belakang

Mengikut Akta Industri Berasan Kayu, kuasa untuk meluluskan kilang-kilang adalah di bawah bidang kuasa Negeri.

Industri berasas kayu ialah industri-industri yang menjalankan usaha memproses, mengawit atau menukar kayu kepada berbagai keluaran sepertimana ditentukan dalam Jadual (Seksyen 2) Enakmen Industri Berasas Kayu.

1.1 (i) Kilang papan
(ii) Kilang papan bergerak

1.2 (i) Kilang venir
(ii) Kilang papan lapis

1.3 (i) Loji tanur pengering
(ii) Loji pengawetan

1.4 (i) Kilang perabot
(ii) Kilang kayu kumai
(iii) Kilang kerja kayu
(iv) Kilang lantai parket
(v) Kilang kotak kayu. pak dan pallet
(vi) Loji komponen-komponen kayu siap dulu

1.5 (i) Kilang papan blok/ Kilang papan bilah/Kilang papan berlapis
(ii) Kilang papan serpih/ Kilang papan serpai
(iii) Kilang papan gentian
(iv) Kilang papan tatal kayu / Kilang papan simen kayu
(v) Kilang papan wafer / Kilang papan flake

1.6 Kilang pulpa dan kertas

1.7 (i) Loji cebis kayu
(ii) Loji tepung kayu

1.8 (i) Tanur arang
(ii) Loji tepung kayu

1.9 Kilang mancis

1.10 (i) Loji penyulingan
(ii) Loji hidrolisis
(iii) Kilang pulpa rayon

1.11 Kilang buluh

1.12 Kilang rotan

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 23 Oktober 2008 )
dipetik dari Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung

Sunday, November 2, 2008

Anatomi Tectona grandis (Teak)


Gambar 1: Anatomi keratan rentas Jati


Gambar 2: Anatomi bahagian tangent Jati


Gambar 3: Anatomi bahagian jejari (radial) Jati