Wednesday, August 12, 2009

Kayu Getah

Botanical Name: Hevea brasiliensis
Family Name: Euphorbiaceae
Kayu Getah/Rubberwood pada awalnya hanya tumbuh di daerah Amazon, Brazil. Kemudian pada akhir abad 18 mulai dilakukan penanaman di daerah India namun tidak berhasil. Lalu dibawa hingga ke Singapura dan negara-negara Asia Tenggara lainnya termasuk.

Pokok Getah
Pokok getah biasanya tumbuh hingga ketinggian 30 meter dan akan mulai diambil getahnya pada umur 5-6 tahun. Secara ekonomi kayu getah sangat efisien kerena hanya akan ditebang dan dijadikan bahan asas industri perabot ketika sudah tidak menghasilkan getah. Setelah berumur 25 tahun pokok getah tidak lagi menghasilkan 'latex' sehingga sudah saatnya harus ditebang dan digantikan dengan pokok getah yang baru.

Warna Kayu
Kayu getah berwarna putih kekuningan, sedikit putih krim ketika baru saja dibelah atau dipotong. Ketika sudah mulai mengering akan berubah sedikit kecoklatan. Tidak terdapat perbezaan warna yang menonjol pada kayu gubal (sapwood) dengan kayu teras (heartwood). Dapat dikatakan hampir tidak terdapat kayu teras pada rubberwood.
Ketumpatan
Kayu getah tergolong kayu lembut – keras atau kelas ringan, dengan ketumpatan antara 435-625 kg/m3 pada paras kekeringan kayu 12% (MC).

Pengeringan Kayu Getah
Dengan sistem kiln dry (KD) konvensional, pengeringan kayu getah menjadi lebih cepat dengan jangka waktu antara 10-14 hari. Tidak terdapat banyak masalah pada kayu melengkung jika penyusunan kayu di dalam KD teratur dengan baik.
Secara keseluruhan, penyusutan kayu getah adalah kecil, di bawah 2% terutama pada arah radialnya.
Proses Mesin
Menurut pengalaman proses mesin kayu getah tidak menimbulkan banyak cacat akibat dipotong, dan proses assembling ataupun pengeleman (gluing) juga tidak menimbulkan defect/cacat yang bererti. Pemotongan kayu pada sudut hingga 30o pun tetap halus dan rata.

Kayu getah banyak digunakan sebagai bahan asas perabot dalam ruangan terutama perabot di ruang dapur. Top table kitchen set, peralatan dapur misalnya papan potong, alat masak dan kerusi makan sangat sesuai menggunakan bahan asas kayu getah.

Oleh kerana itu kebanyakan pembuat peralatan dapur memiliki stok kayu getah yang sangat besar. Dengan keadaan kayu teras yang rendah pada kayu getah, pemprosesan kayu jenis ini harus hati-hati dan tepat waktu. Sangat penting sebagai sebuah proses utama pada kayu getah adalah dengan melakukan pengawetan menggunakan bahan kimia agar menghindarkan kayu getah dari blue stain atau serangga pemakan kayu.

Oleh karena itulah setelah penebangan, kayu getah harus segera direndam atau diawetkan dengan bahan kimia tertentu (Borax) agar terhindar dari kulat dan serangga.