Monday, June 28, 2010
Friday, June 25, 2010
Industri Berasaskan Kayu
1. kayu bergergaji;
2. venir dan produk panel yang termasuk papan lapis dan produk panel berasaskan kayu diguna semula seperti papan partikel/papan serpai/papan gentian;
2. kayu kumai, produk tanggam dan pertukangan (BJC) seperti pintu/tingkap dan komponen-komponennya, panel dan papan lantai/parket; dan
4. perabot dan komponen perabot.
Industri ini kebanyakannya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan dianggarkan 80 peratus daripada syarikat-syarikat berasaskan kayu terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana, manakala bagi industri perabot, 90 peratus adalah perusahaan kecil dan sederhana.
Kebanyakan kilang papan, venir dan papan lapis terletak di Sabah dan Sarawak. Kilang-kilang di Sabah dan Sarawak menggunakan spesis kayu tropika bagi pengeluaran kayu bergergaji, venir papan lapis dan produk-produk panel bersalut venir lain. Lebih 70 peratus daripada 174 kilang papan lapis terletak di Sabah dan Sarawak, manakala bagi kayu kumai, daripada 352 kilang yang beroperasi, 157 terletak di Sabah dan 28 di Sarawak.
Kilang-kilang pemprosesan hiliran bagi pengeluaran kayu kumai, papan gentian, BJC serta perabot dan komponen perabot kebanyakannya terletak di Semenanjung Malaysia. Kilang-kilang ini terutamanya menggunakan kayu getah (Oak Malaysia) yang disumber daripada ladang-ladang yang mapan.
Pengilang-pengilang perabot Malaysia mengeluarkan rangkaian meluas perabot dari perabot pejabat, dapur, bilik tidur, bilik makan, bilik keraian, bilik tamu, perabot/sofa diupholdsteri, serta perabot luar rumah dan taman.
Perabot dibuat bukan sahaja daripada kayu, tetapi juga semua jenis bahan seperti rotan, logam, fabrik, plastik, kaca, marmar dan bahan-bahan komposit lain. Pengilang-pengilang perabot terletak terutamanya di Johor, Selangor, Sarawak, Perak dan Melaka.
Thursday, June 10, 2010
Malaysia Furniture Outlook - Furniture exports by segment (2008-2009)
Publisher: CSIL
Publication date: June 2010, VIII Ed.
Pages: 57
Price: EUR 590.00 / US$ 704.58
Language: English
Copyright: CSIL Milano
Wednesday, August 12, 2009
Kayu Getah
Pokok Getah
Warna Kayu
Pengeringan Kayu Getah
Kayu getah banyak digunakan sebagai bahan asas perabot dalam ruangan terutama perabot di ruang dapur. Top table kitchen set, peralatan dapur misalnya papan potong, alat masak dan kerusi makan sangat sesuai menggunakan bahan asas kayu getah.
Oleh kerana itu kebanyakan pembuat peralatan dapur memiliki stok kayu getah yang sangat besar. Dengan keadaan kayu teras yang rendah pada kayu getah, pemprosesan kayu jenis ini harus hati-hati dan tepat waktu. Sangat penting sebagai sebuah proses utama pada kayu getah adalah dengan melakukan pengawetan menggunakan bahan kimia agar menghindarkan kayu getah dari blue stain atau serangga pemakan kayu.
Oleh karena itulah setelah penebangan, kayu getah harus segera direndam atau diawetkan dengan bahan kimia tertentu (Borax) agar terhindar dari kulat dan serangga.
Thursday, December 4, 2008
Bahagian Keratan Rentas Pokok (Longitudinal Section)
- Pith (teras kayu) : menjadi bahagian paling lembut pada kayu tetapi sangat kecil ukurannya jika dibandingkan dengan diameter kayu. bahagian ini harus selalu dihindari dan dibuang.
Heartwood (kayu teras): bagian utama kayu yang dibutuhkan. Keras, berwarna gelap dan lebih berat. Proporsinya juga paling besar (m3). Detail penjelasan ada di sini.
/font>
Sapwood (kayu gubal): berada pada lapisan luar, berwarna lebih terang dan lebih mudah menyusut.
/font>
Cambium layer (lapisan kambium): lapisan yang berisi zat-zat makanan untuk perkembangan pokok.
Bast: penghantar makanan untuk diproses oleh daun melalui fotosintesis.
/font>
Bark (kulit pokok): melindungi batang pokok.
/font>
Annular ring (gelang tahunan): garis-garis yang melingkar pada pokok yang menunjukkan umur pohon. Lingkaran terbentuk setiap tahun berdasarkan musim di mana pokok itu tumbuh.
/font>
Spring growth: lapisan yang terbentuk pada waktu musim gugur. Biasanya lebih nipis kerana pada musim ini pertumbuhan pokok lebih lambat.
/font>
Autumn growth: lapisan yang terbentuk di waktu musim semi (sejuk). Memiliki ketebalan lebih karena pohon tumbuh lebih cepat ketika musim ini dengan adanya proses pengolahan makanan untuk pohon yang lebih banyak.
/font>
Medularry rays: garis yang melintang dari pusat kayu hingga bahagian luar sebagai media penyimpan makanan bagi pokok.
Pertukaran Dari Kayu Log Kepada Kayu Gergaji
Isipadu Balak
Contoh:
Diameter (Ø) sebuah log kayu adalah 40 cm (0.40 m) dengan panjang 2.5 meter.
Isipadu logs = 3.14 x (0.20 m x 0.20 m) x 2.5 m
Isipadu logs = 3.14 x 0.040 x 2.5 m = 0.314 m³.
Logs tersebut dibelah menjadi beberapa batang kayu sehingga menghasilkan 11 batang kayu yang efektif dapat digunakan sebagai bahan asas perabot (lihat gambar) dengan rincian sebagai berikut:
Kecacatan Fizikal Yang Dialami Kayu
Wednesday, November 26, 2008
Pengelasan Hutan

Hutan Ericaceous - Gunung
Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periuk kera dan berbagai jenis belukar, buluh, resam, paku pakis dan lumut.
Hutan Montane - Oak
Hutan ini terletak di ketinggian 1,200 - 1,500 meter a.p.l. yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Berangan, Damar minyak dan Podo.
Hutan Dipterokarp Atas
Hutan ini terletak di ketinggian 750 - 1,200 meter a.p.l. yang mengandungi terutamanya spesies Meranti bukit Dan Damar minyak.
Hutan Dipterokarp Bukit
Hutan ini terletak di ketinggian antara 300 - 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.
Hutan Dipterokarp Pamah
Hutan ini terletak di ketinggian 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.
Hutan Paya Gambut
Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.
Hutan Paya Laut
Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama ialah Bakau.
Sunday, November 16, 2008
Friday, November 14, 2008
Industri Perkayuan di Malaysia

Latar Belakang
1.1 (i) Kilang papan
(ii) Kilang papan bergerak
1.2 (i) Kilang venir
(ii) Kilang papan lapis
1.3 (i) Loji tanur pengering
(ii) Loji pengawetan
1.4 (i) Kilang perabot
(ii) Kilang kayu kumai
(iii) Kilang kerja kayu
(iv) Kilang lantai parket
(v) Kilang kotak kayu. pak dan pallet
(vi) Loji komponen-komponen kayu siap dulu
1.5 (i) Kilang papan blok/ Kilang papan bilah/Kilang papan berlapis
(ii) Kilang papan serpih/ Kilang papan serpai
(iii) Kilang papan gentian
(iv) Kilang papan tatal kayu / Kilang papan simen kayu
(v) Kilang papan wafer / Kilang papan flake
1.6 Kilang pulpa dan kertas
1.7 (i) Loji cebis kayu
(ii) Loji tepung kayu
1.8 (i) Tanur arang
(ii) Loji tepung kayu
1.9 Kilang mancis
1.10 (i) Loji penyulingan
(ii) Loji hidrolisis
(iii) Kilang pulpa rayon
1.11 Kilang buluh
1.12 Kilang rotan
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 23 Oktober 2008 )
dipetik dari Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung
Sunday, November 2, 2008
Anatomi Tectona grandis (Teak)
Saturday, October 25, 2008
Pengeringan Buluh
Bagi pengusaha perabot buluh yang kecil dan sederhana, sistem vacuum menjadi sebuah pelaburan yang besar dan belum tentu dapat dilaksanakan. Penyelesaian sementara adalah dengan menggunakan sistem Kiln Dry untuk batang buluh yang kecil dan bergantung pada pengeringan secara semula jadi (solar dry) untuk batang buluh yang masih utuh.
Pekerjaan yang paling sukar pada pengeringan buluh adalah usaha untuk membuat buluh kering dengan mengeluarkan kandungan air dan getahnya tanpa membuat buluh pecah atau retak.
Salah satu metode semula jadi yaitu dengan cara merendam buluh terlebih dahulu di dalam air selama 90 hari lalu letakkan di bawah sinar matahari. Kelemahan kaedah ini adalah waktu dan risiko apabila suhu terlalu panas akan membuat buluh retak.
Selain itu terdapat kaedah dengan memanaskan buluh di atas arang dengan suhu sekitar 120 °C hingga buluh berwarna hijau muda atau kuning kecoklatan. Setelah itu buluh diletakkan di ruang kering selama beberapa hari untuk pengeringan dengan kitaran udara.



