Ramai di antara kita masih ragu ketika laminasi (pelapisan) dilakukan pada solid wood. Keraguan itu timbul karena solid wood masih menjadi lagi sebuah bahan yang terbukti kuat dan tahan lama. Beberapa faktor, terutama pada proses laminasi memiliki peranan penting pada hasil dan kekuatan laminasi tersebut.
Pertama kita perlu mengetahui jenis kayu dan ketumpatan solid wood tersebut. Kayu yang mempunyai ketumpatan yang tinggi biasanya mempunyai rongga-rongga yang memilki daya ikatan yang kuat antara satu sama lain. Disebabkan oleh itu, lem (perekat) yang digunakan untuk mengikat kompenan satu dengan yang lainnya juga harus kuat. Manakala kayu yang berketumpatan rendah lebih cenderung kepada kekuatan belah yang rendah (susah untuk terpisah apabila perekat dikenakan).
Perekat kayu yang mempunyai kualiti yang baik dapat memberikan daya ikatan yang padu jika dikenakan pada kayu dengan cara yang betul. Perekat kayu dapat diuji dengan beberapa ujian kekuatan antara lain seperti dengan cara merendam laminating board di dalam air selama 24 jam atau mengenakan tekanan tertentu pada laminating board.
Beberapa hasil ujian menunjukkan bahawa garis laminasi tetap kukuh, namun bahagian kayu yang terbelah adalah disebabkan kerana tidak mampu menahan tarikan. Laminasi pada dasarnya dengan tepat memiliki daya ikatan lebih baik daripada solid wood itu sendiri apabila proses pengelemennya dilakukan dengan betul.
Semakan pada Laminasi:
1. Kayu yang akan dilaminasi harus kering (memiliki level MC yang baik). Bertujuan agar perekat benar-benar meresap dengan baik ke dalam kayu.
2. Jangan lakukan laminasi pada jenis kayu yang berbeza bagi mendapatkan hasil terbaik.
3. Jangan lakukan laminasi pada jenis kekerasan kayu yang mempunyai perbezaan yang terlalu ketara; kayu keras dengan kayu lembut ; kayu teras dengan kayu gubal.
4. Sebaiknya, kayu yang dilaminasi memiliki ukuran lebar atau tebal yang sama. Susunan ini dapat membantu kayu dari risiko melengkung.
5. Permukaan rentas laminasi harus halus dan sama rata. Hal ini akan membantu perataan luas bidang perekat dan ikatan antara komponen.
6. Kelikatan (Viscocity) perekat kayu harus pada standard yang disyorkan oleh pengeluar perekat atau mengikut piawaian yang ditetapkan.
7. Pressing sangat penting untuk laminasi. Lebih besar tekanan yang diberikan akan membantu penembusan perekat ke dalam pori-pori kayu sehingga jumlah perekat yang meresap akan lebih banyak.
8. Drying time perekat pada saat pressing juga sangat penting. Untuk perekat biasa, waktu untuk pressing sekitar 3-4 jam. Setelah itu boleh diletakkan dengan kedaan tanpa tekanan tinggi selama 24 jam sebelum laminasi tersebut memasuki proses selanjutnya.
Apabila anda dapat menjalankan pengawalan tersebut dengan efektif, maka pilihan untuk membuat laminasi akan menjadi lebih mudah. Secara teknikal dan ekonomi, laminating board lebih baik dari solid wood (tidak berlaku pada jenis kayu tertentu). Antara hal lain yang harus menjadi pertimbangan anda selanjutnya adalah masalah nilai estetika pada, garis laminasi akan merosakkan nilai estetika dari produk anda atau tidak?
No comments:
Post a Comment