Friday, June 25, 2010

Industri Berasaskan Kayu

Industri berasaskan kayu di Malaysia terdiri daripada empat sub-sektor:-

1. kayu bergergaji;
2. venir dan produk panel yang termasuk papan lapis dan produk panel berasaskan kayu diguna semula seperti papan partikel/papan serpai/papan gentian;
2. kayu kumai, produk tanggam dan pertukangan (BJC) seperti pintu/tingkap dan komponen-komponennya, panel dan papan lantai/parket; dan
4. perabot dan komponen perabot.

Industri ini kebanyakannya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan dianggarkan 80 peratus daripada syarikat-syarikat berasaskan kayu terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana, manakala bagi industri perabot, 90 peratus adalah perusahaan kecil dan sederhana.

Kebanyakan kilang papan, venir dan papan lapis terletak di Sabah dan Sarawak. Kilang-kilang di Sabah dan Sarawak menggunakan spesis kayu tropika bagi pengeluaran kayu bergergaji, venir papan lapis dan produk-produk panel bersalut venir lain. Lebih 70 peratus daripada 174 kilang papan lapis terletak di Sabah dan Sarawak, manakala bagi kayu kumai, daripada 352 kilang yang beroperasi, 157 terletak di Sabah dan 28 di Sarawak.

Kilang-kilang pemprosesan hiliran bagi pengeluaran kayu kumai, papan gentian, BJC serta perabot dan komponen perabot kebanyakannya terletak di Semenanjung Malaysia. Kilang-kilang ini terutamanya menggunakan kayu getah (Oak Malaysia) yang disumber daripada ladang-ladang yang mapan.

Pengilang-pengilang perabot Malaysia mengeluarkan rangkaian meluas perabot dari perabot pejabat, dapur, bilik tidur, bilik makan, bilik keraian, bilik tamu, perabot/sofa diupholdsteri, serta perabot luar rumah dan taman.

Perabot dibuat bukan sahaja daripada kayu, tetapi juga semua jenis bahan seperti rotan, logam, fabrik, plastik, kaca, marmar dan bahan-bahan komposit lain. Pengilang-pengilang perabot terletak terutamanya di Johor, Selangor, Sarawak, Perak dan Melaka.

1 comment:

weluvwoodtech said...

saudara ada info sal sejarah perkembangan kayu dari tahun 1980 smpai skarang?