Sunday, September 28, 2008

Acacia mangium

Botanical Names: Acacia mangium

Family Name: Leguminosae

Pada awalnya pokok Akasia sebahagian besar digunakan untuk penggunaan pembuatan di kilang kertas. Terdapat banyak hutan ladang telah didirikan khusus untuk pembuatan kertas sehingga pohon yang baru berumur 3 - 5 tahun pun (diameter 15 - 20cm) sudah boleh ditebang. Pada 10 tahun terakhir ini populariti kayu Akasia sebagai bahan asas bagi perabot semakin meningkat sehingga keperluan pokok Akasia dengan umur di atas 5 tahun semakin tinggi.


Pokok
Tinggi pokok boleh mencapai 30 meter dengan diameter hingga 1 meter. Rata - rata diameter yang bisa digunakan untuk membuat perabot minimum 25cm untuk mendapatkan sampel yang baik. Acacia mangium memerlukan 5 - 7 tahun untuk mencapai diameter 30cm.

Warna Kayu
Kayu teras berwarna dari coklat muda hingga coklat tua kehijauan. Kayu Gubal (sapwood) berwarna krim keputihan, sangat jelas dan mudah dibezakan dengan kayu terasnya.

Ketumpatan
Pada level MC 12% ketumpatan sekitar 450 - 600 kg/m3. Bahagian dan jenis tertentu boleh mencapai hingga 800 kg/m3.


Rawatan
Akasia termasuk pada kayu kelas awet/rawatan 3, cukup tahan terhadap cuaca dan keadaan normal akan tetapi akan mudah terserang fungi dan serangga apabila diletakkan pada keadaan luar ruangan yang terlalu basah. Kurang baik untuk penggunaan secara langsung di atas tanah.


Pengeringan
Memerlukan waktu cukup lama pada pengeringan iaitu antara 45 - 60 hari terutama untuk ketebalan kayu di atas 2.5 cm. Kayu nipis boleh dilakukan tidak lebih dari 30 hari. Sifat pengecutan kayu Akasia juga cukup besar, mudah melengkung terutama apabila berada di dalam Kiln Dry jika tidak dijalankan dengan berhatu - hati

Proses Mesin & Pembinaan
Mudah pada saat proses mesin dan hasil cukup halus dan baik.Daya ikatnya terhadap skru dan paku juga sangat baik. Namun harus berhati - hati pada ketebalan yang kecil karena Akasia termasuk mudah pecah. Penembusan perekat ke dalam kayu juga sangat baik.

Kayu Akasia baik digunakan untuk produk flooring, decking, produk asas (semi outdoor) dan perhiasan dalaman.

gambar: kulit pokok acacia mangium

Pada zaman kini,kebanyakan tanaman yang digunakan untuk pembangunan hutan ladang di Malaysia adalah jenis Acacia mangium. Selain itu terdapat juga spesies yang digunakan dalam projek pembangunan hutan ladang dari famili yang sama seperti Acacia hybrid. Spesies ini dipilih kerana memiliki ciri - ciri berikut:

• Pertumbuhan yang cepat.
• Boleh beradaptasi pada tanah-tanah dengan tingkat kesuburan rendah dan keasidan relatif tinggi.
• Menghasilkan kayu untuk bahan utama untuk pulpa dan bukan pulpa. Kualiti pulpa A. mangium setara dengan kualiti pulpa Eucalyptus yang telah banyak digunakan dalam industri pulpa di seantero dunia kini. Kayu A. mangium juga baik untuk bahan kayu pertukangan.
•Penanaman A. mangium mudah, mulai dari pengendalian benih, persemaian, sehinggalah kepada penanaman di lapangan.


Saturday, September 27, 2008

Pengawetan Kayu

Beberapa jenis kayu tertentu harus diawetkan untuk mencegah serangan serangga/organisme mahupun fungi perosak kayu. Yang dimaksudkan dengan pengawetan iaitu memasukkan bahan kimia ke dalam (pori-pori) kayu sehingga menembusi permukaan kayu setebal beberapa mm ke dalam kayu.

Pengawetan bertujuan untuk menambah jangka hayat kayu supaya dapat bertahan lebih lama terutama kayu yang dipakai untuk bahan bangunan ataupun untuk perabot kegunaan luar. Selain itu dapat memberi perbezaan warna pada kayu.

Kayu dikategorikan ke dalam beberapa kelas awet (Standar Nasional Indonesia
SNI 03-5010.1-1999/ Revisi SNI 03-3528-1994
)

1. Kelas awet I, contoh: kayu Jati
2. Kelas awet II, contoh: kayu Merbau, Mahoni
3. Kelas awet III, contoh: Pinus
4. Kelas awet IV, contoh: kayu Albasia
5. Kelas awet V

Dengan kelas pengawetan tersebut di atas, hanya Kelas Awet III, IV dan V yang perlu diawetkan. Pada keperluan tertentu, bagian kayu gubal dari kayu kelas awet I & II juga perlu diawetkan. Kayu-kayu yang telah diawetkan akan tahan terhadap serangan serangga perosak dan fungi kayu walaupun kayu diletakkan di luar ruangan.

Bahan pengawet yang kandungan berupa serbuk memiliki berbagai jenis bahan. Bahan tersebut dicampurkan dengan air pada kadar campuran tertentu (lihat SNI-3233-1992) dan kaedah.


Tindakan pencegahan

Namun demikian dalam hubungannya dengan lingkungan dan kesihatan pemakai, pengawetan kayu pada perabot sebaiknya memerhatikan hal-hal berikut:

1. Jangan lakukan pengawetan kayu apabila produk perabot yang akan anda hasilkan terdapat hubungan langsung dengan makanan, misalnya: piring, rak makanan dll. Bahan kimia pengawetan akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan pengguna.

2. Jangan mengawetkan kayu yang akan digunakan untuk bahagian top table.

3. Gunakan bahan pengawet, apabila memungkinkan, hanya pada kawasan yang mudah terlihat misalnya lantai kayu, decking dan panel dinding.

4. Hindari penggunaan kayu yang diawetkan untuk pembinaan yang berpotensi mempunyai kaitan langsung dengan air minum dan air bersih, misalnya struktur jembatan.

5. Buang sisa-sisa kayu yang diawetkan dengan cara ditanam atau menjadi sampah biasa. Jangan dibakar atau digunakan untuk pembakaran kerana asap yang dihasilkan adalah berbahaya disebabkan mengandungi bahan kimia

6. Hindari diri anda dari debu gergaji atau kertas pasir terlalu banyak, gunakan topeng muka yang memadai.

7. Terutama bagi anda yang bekerja di kawasan pengawetan kayu dan/atau yang berhubung langsung dengan bahan kimia tersebut, cuci bersih tangan dan bagian tubuh anda hingga benar-benar bersih sebelum makan atau minum.

8. Apabila baju yang anda kenakan terdapat kemungkinan terkena percikan bahan kimia atau debu dan cara pencemaran yang lain, pisahkan pakaian tersebut dari yang lain pada waktu mencuci.

diedit semula dari semua tentang kayu.com

Friday, September 26, 2008

Kaedah Pemotongan Kayu


Gambar: Balak yang siap untuk diproses




Beberapa kaedah pembelahan kayu balak sebagai berikut:


Plain sawn
Balak dibelah mengikuti arah yang selalu sama. Kaedah paling efisien untuk kayu balak yang memiliki diameter bulat. Hasil permukaan arah ira bervariasi dari ira lurus ke ira berbunga.

Riftsawn
Sangat sulit dan lama dalam pelaksanaannya. Balak dibelah
dulu pada bagian tengah menjadi papan (ini bagian paling tinggi kualitinya) lalu empat potongan lainnya dibelah ke arah radial log (ke pusat radius). Besar sekali lebihan yang dihasilkan tapihasil kayu gergaji akan memiliki ira yang selalu lurus dan sangat kecil kemungkinan untuk mengalami perubahan bentuk karena penyusutan.

Quartersawn
Diawali pembelahan menjadi empat bagian ke arah pusat radius, lalu masing-masing bahagian dibelah searah dengan radius kayu balak. Memiliki nilai ekonomi yang tinggi dan memiliki kecekapan lebih baik.



Kaedah kedua terakhir biasanya digunakan oleh kilang yang menghasilkan veneer kayu untuk bahagian permukaan paling akhir papan lapis . Papan lapis diharapkan akan memiliki arah ira yang sama dan memungkinkan untuk dilakukan laminating atau overlap veneer pada permukaan kayu lapis.


diedit semula dari semua tentang kayu.com