Saturday, September 27, 2008

Pengawetan Kayu

Beberapa jenis kayu tertentu harus diawetkan untuk mencegah serangan serangga/organisme mahupun fungi perosak kayu. Yang dimaksudkan dengan pengawetan iaitu memasukkan bahan kimia ke dalam (pori-pori) kayu sehingga menembusi permukaan kayu setebal beberapa mm ke dalam kayu.

Pengawetan bertujuan untuk menambah jangka hayat kayu supaya dapat bertahan lebih lama terutama kayu yang dipakai untuk bahan bangunan ataupun untuk perabot kegunaan luar. Selain itu dapat memberi perbezaan warna pada kayu.

Kayu dikategorikan ke dalam beberapa kelas awet (Standar Nasional Indonesia
SNI 03-5010.1-1999/ Revisi SNI 03-3528-1994
)

1. Kelas awet I, contoh: kayu Jati
2. Kelas awet II, contoh: kayu Merbau, Mahoni
3. Kelas awet III, contoh: Pinus
4. Kelas awet IV, contoh: kayu Albasia
5. Kelas awet V

Dengan kelas pengawetan tersebut di atas, hanya Kelas Awet III, IV dan V yang perlu diawetkan. Pada keperluan tertentu, bagian kayu gubal dari kayu kelas awet I & II juga perlu diawetkan. Kayu-kayu yang telah diawetkan akan tahan terhadap serangan serangga perosak dan fungi kayu walaupun kayu diletakkan di luar ruangan.

Bahan pengawet yang kandungan berupa serbuk memiliki berbagai jenis bahan. Bahan tersebut dicampurkan dengan air pada kadar campuran tertentu (lihat SNI-3233-1992) dan kaedah.


Tindakan pencegahan

Namun demikian dalam hubungannya dengan lingkungan dan kesihatan pemakai, pengawetan kayu pada perabot sebaiknya memerhatikan hal-hal berikut:

1. Jangan lakukan pengawetan kayu apabila produk perabot yang akan anda hasilkan terdapat hubungan langsung dengan makanan, misalnya: piring, rak makanan dll. Bahan kimia pengawetan akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan pengguna.

2. Jangan mengawetkan kayu yang akan digunakan untuk bahagian top table.

3. Gunakan bahan pengawet, apabila memungkinkan, hanya pada kawasan yang mudah terlihat misalnya lantai kayu, decking dan panel dinding.

4. Hindari penggunaan kayu yang diawetkan untuk pembinaan yang berpotensi mempunyai kaitan langsung dengan air minum dan air bersih, misalnya struktur jembatan.

5. Buang sisa-sisa kayu yang diawetkan dengan cara ditanam atau menjadi sampah biasa. Jangan dibakar atau digunakan untuk pembakaran kerana asap yang dihasilkan adalah berbahaya disebabkan mengandungi bahan kimia

6. Hindari diri anda dari debu gergaji atau kertas pasir terlalu banyak, gunakan topeng muka yang memadai.

7. Terutama bagi anda yang bekerja di kawasan pengawetan kayu dan/atau yang berhubung langsung dengan bahan kimia tersebut, cuci bersih tangan dan bagian tubuh anda hingga benar-benar bersih sebelum makan atau minum.

8. Apabila baju yang anda kenakan terdapat kemungkinan terkena percikan bahan kimia atau debu dan cara pencemaran yang lain, pisahkan pakaian tersebut dari yang lain pada waktu mencuci.

diedit semula dari semua tentang kayu.com

No comments: