Thursday, December 4, 2008

Pertukaran Dari Kayu Log Kepada Kayu Gergaji

Seringkali ketika kita berbicara tentang isipadu kayu, kita harus menyamakan dulu 'bahasa' yang digunakan. Apakah isipadu tersebut untuk kayu gergaji atau kayu log. Isipadu 100 m³ log bukan bererti 100 m³ kayu gergaji, namun boleh dimaksudkan 50, 60 atau 70 m³ kayu gergaji. Perbezaan tersebut pun ditentukan melaui kaedah pemotongan, diameter (longitudinal section) kayu log dan ukuran gergaji yang diinginkan.
Istilah yang sering digunakan ada bermacam-macam yaitu recovery, waste dan lain sebagainya. Pada dasarnya semua istilah dan perhitungan tersebut untuk 'menghitung berapa meter padu log yang diperlukan untuk menghasilkan setiap meter kubik kayu gergaji.



Isipadu Balak


Isipadu balak yang dihitung berdasarkan perkalian luas diameter terhadap panjang log ketika dibelah menjadi beberapa lembar papan (beam), jumlah isipadu log tersebut akan terpecah menjadi beberapa bahagian dari yang terbesar adalah papan, kemudian serpihan kayu dan habuk gergaji.



Rumus isipadu kayu log = 3.14 x (luas diameter) x (panjang log)


Contoh:


Diameter (Ø) sebuah log kayu adalah 40 cm (0.40 m) dengan panjang 2.5 meter.
Isipadu logs = 3.14 x (0.20 m x 0.20 m) x 2.5 m
Isipadu logs = 3.14 x 0.040 x 2.5 m = 0.314 m³.



Logs tersebut dibelah menjadi beberapa batang kayu sehingga menghasilkan 11 batang kayu yang efektif dapat digunakan sebagai bahan asas perabot (lihat gambar) dengan rincian sebagai berikut:



18 x 3.5 x 250 cm (7 batang) = 0.110 m³
20 x 4 x 250 cm (1 batang) = 0.02 m³
30 x 4 x 250 cm (1 batang) = 0.03 m³
12 x 4 x 250 cm (2 batang) = 0.024 m³
Jumlah Isipadu kayu gergaji = 0.184 m³

 
Dari hasil perhitungan di atas anda dapat melihat bahwa hanya 0.184 m³ yang menjadi kayu gergajian sehingga kalau kita konversikan menjadi:
Isipadu kayu gergaji : Isipadu kayu logs, yaitu:
0.184 : 0.314 = 0.585 = 58.5 %

Bererti dari 100% isipadu kayu log, hanya 58.5% yang menjadi kayu gergaji. Bakinya sebesar 41.5% telah menjadi serpihan kayu dan serbuk gergaji. Peratusan ini bukanlah nilai yang mutlak kerana akan dapat berubah lebih tinggi atau lebih rendah bergantung dari berbagai-bagai faktor misalnya jenis kayu, bentuk diameter kayu dan kaedah pemotongan.

2 comments:

Susan Graham said...

Thanks for sharing this useful information with all of us.Keep

sharing more in the future.
Have a nice time ahead.

salvaged wood furniture said...

my heart skipped a beat! these are soooo beautiful! they aren't my fave style, but what you did with them is incredible. you are seriously talented, and never undervalue yourself just to make sales- know your worth in this world! the right customers always do come along, given time. and don't you want your pieces to go to the right people who will LOVE them and appreciate them like you do? of course ya do.

Susan Graham