Family Name: Leguminosae
Pada awalnya pokok Akasia sebahagian besar digunakan untuk penggunaan pembuatan di kilang kertas. Terdapat banyak hutan ladang telah didirikan khusus untuk pembuatan kertas sehingga pohon yang baru berumur 3 - 5 tahun pun (diameter 15 - 20cm) sudah boleh ditebang. Pada 10 tahun terakhir ini populariti kayu Akasia sebagai bahan asas bagi perabot semakin meningkat sehingga keperluan pokok Akasia dengan umur di atas 5 tahun semakin tinggi.
Pokok
Tinggi pokok boleh mencapai 30 meter dengan diameter hingga 1 meter. Rata - rata diameter yang bisa digunakan untuk membuat perabot minimum 25cm untuk mendapatkan sampel yang baik. Acacia mangium memerlukan 5 - 7 tahun untuk mencapai diameter 30cm.
Warna Kayu
Kayu teras berwarna dari coklat muda hingga coklat tua kehijauan. Kayu Gubal (sapwood) berwarna krim keputihan, sangat jelas dan mudah dibezakan dengan kayu terasnya.
Ketumpatan
Pada level MC 12% ketumpatan sekitar 450 - 600 kg/m3. Bahagian dan jenis tertentu boleh mencapai hingga 800 kg/m3.
Rawatan
Akasia termasuk pada kayu kelas awet/rawatan 3, cukup tahan terhadap cuaca dan keadaan normal akan tetapi akan mudah terserang fungi dan serangga apabila diletakkan pada keadaan luar ruangan yang terlalu basah. Kurang baik untuk penggunaan secara langsung di atas tanah.
Pengeringan
Memerlukan waktu cukup lama pada pengeringan iaitu antara 45 - 60 hari terutama untuk ketebalan kayu di atas 2.5 cm. Kayu nipis boleh dilakukan tidak lebih dari 30 hari. Sifat pengecutan kayu Akasia juga cukup besar, mudah melengkung terutama apabila berada di dalam Kiln Dry jika tidak dijalankan dengan berhatu - hati
Proses Mesin & Pembinaan
Mudah pada saat proses mesin dan hasil cukup halus dan baik.Daya ikatnya terhadap skru dan paku juga sangat baik. Namun harus berhati - hati pada ketebalan yang kecil karena Akasia termasuk mudah pecah. Penembusan perekat ke dalam kayu juga sangat baik.
Kayu Akasia baik digunakan untuk produk flooring, decking, produk asas (semi outdoor) dan perhiasan dalaman.
gambar: kulit pokok acacia mangium
Pada zaman kini,kebanyakan tanaman yang digunakan untuk pembangunan hutan ladang di Malaysia adalah jenis Acacia mangium. Selain itu terdapat juga spesies yang digunakan dalam projek pembangunan hutan ladang dari famili yang sama seperti Acacia hybrid. Spesies ini dipilih kerana memiliki ciri - ciri berikut:
• Pertumbuhan yang cepat.
• Boleh beradaptasi pada tanah-tanah dengan tingkat kesuburan rendah dan keasidan relatif tinggi.
• Pertumbuhan yang cepat.
• Boleh beradaptasi pada tanah-tanah dengan tingkat kesuburan rendah dan keasidan relatif tinggi.
• Menghasilkan kayu untuk bahan utama untuk pulpa dan bukan pulpa. Kualiti pulpa A. mangium setara dengan kualiti pulpa Eucalyptus yang telah banyak digunakan dalam industri pulpa di seantero dunia kini. Kayu A. mangium juga baik untuk bahan kayu pertukangan.
•Penanaman A. mangium mudah, mulai dari pengendalian benih, persemaian, sehinggalah kepada penanaman di lapangan.
1 comment:
salam alayk. boleh nak tanya. proses-proses apa yg dilalui oleh pokok akasia sehingga ia menjadi kertas secara ringkas? terima kasih. :)
Post a Comment